Skuad bola sepak Algeria mengumumkan akan mendermakan imbuhan dan bonus yang diperolehi mereka pada temasya Piala Dunia FIFA 2014 untuk rakyat Palestin di Gaza.
Dalam laporan sebuah portal sukan Diehardsport.com, penyerang pasukan itu Islam Slimani memberitahu yang perkara tersebut dibuat atas dasar prihatin.
“Mereka lebih memerlukan dari kami” katanya.
Islam turut memberitahu bahawa jumlah wang yang akan didermakan sekitar RM29 juta (US9 juta).
Sementara itu, prestasi Algeria dalam kempen kali ini dilihat sebagai cemerlang apatah lagi tiada siapa menyangka mereka mampu sampai ke pusingan kalah mati, malah gergasi Eropah seperti Jerman terpaksa menunggu sehingga masa tambahan untuk menumpaskan Algeria pada pusingan itu.
Ini adalah kali pertama Algeria berjaya mara ke peringkat kalah mati selepas tiga kemunculan di Piala Dunia sebelum ini.
Sebelum ini, pada 1982, 1986 dan 2010, Algeria tidak pernah lepas daripada peringkat kumpulan.
Bumi Gaza diserang tentera Israel sejak tiga hari yang lalu ekoran insiden tiga remaja Israel diculik dan dibunuh di Tebing Barat yang didakwa rejim angkara anggota militan Hamas.
0 Komentar untuk "Pasukan Algeria derma bonus Piala Dunia untuk Gaza"