Tumpang Lalu : 6 Gambar Pusat Membeli Belah Terbiar Jadi Kolam Ikan

Ceritanya, dulu bangunan shopping mall ini punyai ketinggian 11 tingkat. Tetapi pada tahun 1997, 7 tingkat atas bangunan ini terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang tidak membenarkan mana-mana bangunan tinggi melebihi 4 tingat hanya kerana ada istana di kawasan tersebut.

Pada tahun 1999 pula, berlaku kebakaran yang mengakibatkan kematian. Dan sejak dari itu, bangunan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung.
Hujan turun hari demi hari dan mengakibatkan air bertakung dan di bahagian groundfloor pula menjadi kolam. Kesannya? 2003-2004 nyamuk membiak dengan bermaharajalela di kawasan itu dan menyebabkan ketidakselesaan pada penduduk sekitar.
Bagi mengatasi masalah berkenaan, penduduk sekitar meletak beberapa ekor ikan dalam kolam itu untuk mengawal pembiakan nyamuk. Hasilnya? Berkesan!
Sejak dari itu, ikan-ikan mula membiak. Namun kisah kolam ini hanya diketahui oleh penduduk kawasan itu sahaja. Entah bagaimana ia boleh tersebar di Facebook.




Semenjak perkhabaran mengenai kolam itu tersebar di laman sosial, ramai orang luardatang dan hal ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan.
Pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup kawasan terbabit atas faktor keselamatan. -

0 Komentar untuk "Tumpang Lalu : 6 Gambar Pusat Membeli Belah Terbiar Jadi Kolam Ikan"

 
Copyright © 2014 TUMPANG LALU - All Rights Reserved
Template By Catatan Info